Monday 22 July 2013

TAOTAUAJER - Salam ramadhan, pernah tak korang dengar kata-kata orang tua dimana berbunyi " roh aruah akan pulang ke rumah sepanjang bulan ramadhan " ?  Dimana pada bulan ramadhan ini dipercayai roh-roh akan pulang ke rumah... namun begitu bernarkah? ikuti pembongkaran ini..... 


GAMBARAN ILUSTRASI

Ulama tersohor Syeikh Dr. Yusuf al-Qardawi pernah menyebut, roh tidak akan mencampuri urusan dunia yang sudah tidak lagi berguna kepadanya.

Dalam erti kata lain, roh berada di suatu alam lain dinamakan alam barzakh yang kehidupannya jauh beza dengan kehidupan di dunia.

“Alam ini adalah jangka waktu antara kematian dengan hari kiamat. Roh orang yang beriman akan menerima balasan yang baik di alam barzakh manakala roh daripada golongan yang gemar membuat maksiat akan diazab.

“Dalam satu hadis sahih sudah dinyatakan, hanya ada tiga perkara yang menghubungkan dunia dengan roh iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa-doa daripada anak-anak yang soleh.

“Tidak ada gunanya pun jika roh itu boleh kembali ke dunia sekiranya kepulangan mereka itu tidak memberi manfaat untuk roh mereka sendiri,” ujarnya.

Sementara itu, menurut penceramah bebas, Dr. Zaharuddin Abd. Rahman, roh tidak akan mampu sama sekali untuk kembali ke alam dunia sama ada dalam keadaan baik ataupun sebaliknya.

“Dakwaan roh pulang ke rumah sempena hari-hari tertentu tidak benar. Jika ada yang pernah melihat makhluk menyerupai si mati dan kedengaran suara menangis, menurut ulama ia bukanlah roh si mati sebaliknya angkara jelmaan jin dan syaitan yang menyerupai si mati. Tidak lebih daripada itu,” jelasnya. Tetapi jin dan syaitan sudah di rantai Inilah 6 Sebab Kenapa Jin & Syaitan Benci Bulan Ramadhan

Hujahnya itu dirujuk kepada firman Allah dalam surah al-Mukminun ayat 99 dan 100 yang bermaksud:

“Hingga apabila datang kematian kepada seseorang daripada mereka (orang kafir) dia berkata: “Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong). Dan di hadapan mereka ada dinding (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan.”

Zaharuddin berkata, ayat ini jelas memberitahu bahawa barzakh adalah tembok yang menghalang roh orang yang telah mati daripada kembali ke dunia.

“Begitupun, ada juga ulama yang berpendapat, roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur melalui mimpi,” katanya.

Sementara itu, menurut seorang tokoh agama, Datuk Dr. Haron Din, roh tidak boleh kembali ke dunia dan manusia juga tidak boleh masuk ke alam barzakh tanpa sebab.

“Kalau kita beranggapan roh orang yang telah mati boleh kembali ke dunia dan boleh ke sana ke mari, seolah-olahnya di alam barzakh itu tiada seksaan kubur, tiada balasan dan roh-roh ini hidup bebas keluar masuk ke alam dunia. Anggapan tersebut salah sama sekali.

“Disebabkan itu, kita harus yakin dan percaya bahawa roh si mati tidak boleh pulang ke dunia untuk menziarahi keluarga, rumah, kubur dan sebagainya,” jelasnya.

Tambahnya, hanya pada hari kiamat nanti, jasad akan dijadikan semula dan roh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah.

“Alam barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat. Roh yang memasukinya akan kekal di dalamnya.

“Ibarat bayi yang hidup di alam rahim, apabila lahir ke dunia, bolehkah bayi tersebut kembali ke alam rahim? Sudah tentu tidak,” ujarnya.

SUMBER : MyNewshub

TAOTAUAJER: Sekarang baru kita tahu, sebenarnya tidak ada roh yang akan pulang ke dunia apatah lagi pulang ke rumah. Iblis dan syaitan pulak telah di rantai di bulan ramadhan, dengan itu mungkin ada makhluk lain ciptaan allah yang juga berkeliaran di bulan ramadhan.. Misteri pulak..jeng jeng jeng -Koleksi Pembongkaran

TAOTAUAJER - Kenapa Iblis Benci Bulan Ramadhan? Iblis merupakan golongan yang berasa sukar dan sentisa merintih di bulan yang Ramadan ini. Bagi golongan Iblis, Ramadhan ialah Bulan Bencana kepada mereka. Iblis dan Syaitan dirantai di Bulan Ramadhan. Berikut ialah Kisah Rasulullah dengan Iblis yang menerangkan 6 Sebab Iblis Benci Bulan Ramadhan.


Sabda Rasulullah saw:
Wahai Iblis, bagaimana keadaanmu apabila umatku mengerjakan puasa di bulan Ramadhan kerana Allah swt? 
Berkata Iblis:
Ya Nabi Allah, inilah satu bencana dan kesedihan yang teramat sangat kepada ku dan terhadap seluruh bala tenteraku atas sebab berikut..

6 Sebab Iblis Benci Bulan Ramadhan

1. Apabila masuk sahaja awal bulan Ramadhan maka akan memancarlah cahaya Arsy Rahman dan Kursyi, dan semua Malaikat menyambut kedatangan bulan Ramadhan itu dengan penuh kegembiraan yang amat sangat.

2. Bagi orang-orang Islam yang berpuasa pula mereka mendapat satu kurnia yang sangat besar dari Allah swt dan dosanya diampunkan, dan begitu juga dengan dosa-dosa yang telah lalu digantikan dengan anugerah pahala dari Allah berganda-ganda, segala kesalahan yang dilakukannya tidak akan dicatit selama mereka berpuasa. Ini semua menyebabkan aku berduka cita yang amat sangat!

3. Yang paling menyakitkan hati aku ialah semua isi langit dan bumi, bulan, bintang, Malaikat, segala kehidupan didarat dan dilaut, hatta burung yang terbang di udara dan semua yang bernyawa akan mendoakan siang dan malam memohon keampunan dari Tuhan mereka kepada orang-orang yang melakukan ibadah puasa.

4. Satu lagi yang paling menyedihkan akan daku ialah, setinggi-tinggi yang didapati oleh orang yang berpuasa Ramadhan ialah dimerdekakan oleh Allah tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan 1000 kemerdekaan dari azab neraka, demikian juga ditutup pintu neraka dan dibukakan pula pintu syurga dengan seluas-luasnya dan akan bertiuplah angin yang terdapat di bawah arsy yang sepoi-sepoi itu melalui syurga.

5. Ketahuilah dihari umat Islam berpuasa Ramadhan, maka akan turunlah para Malaikat dengan perintah Allah swt untuk menangkap kami dari bangsa Iblis dan juga syaitan, lalu dibelengu dan dirantainya kami semua dengan rantai besi yang sangat panas, lalu dimasukkan kami semua ke bawah bumi yang bahagian paling bawah sekali dan di azab dengan seksa azab yang amat sangat! Seksaan ini akan berterusan sehingga semua umat Islam selesai berpuasa barulah kami semua dibebaskan kembali.

6. Iblis dan syaitan dikatakan akan dirantai dan juga diseksa di dalam bahagian bumi paling bawah sekali ketika bulan Ramadhan. Semua ini dilakukan oleh Allah swt demi supaya kami tidak mengacau dan mengganggu umatmu yang mana mereka sedang mengerjakan puasa. Mereka akan merasa gembira dan lega ketika melakukan ibadah puasa tanpa gangguan daripada kami, begitu juga di kala bangun untuk makan sahur di waktu tengah malam, mereka akan merasa senang dan ringan dari perasaan malas dan takut seperti mana di waktu bulan lain.

SUMBER: Gempak.org

TAOTAUAJER : Subhanallah, lihatlah betapa mulia sungguh bulan ramadhan ini sehinggakan banyak manfaat yang kita dapat apabila berpuasa di bulan ramadhan. Pada bulan yang sama juga iblis dan syaitan di tangkap dan di siksa bagi memudahkan kita menjalankan ibadah di bulan ramadhan yang mulia ini - Koleksi Artikel Islamiah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...