Monday 30 May 2011

FAMOUS PLACE IN BRUNEI DARUSSALAM


Salah satu kenderaan Diraja Brunei yang digunakan semasa majlis adat istiadat pertabalan  




Bentuk bangunan Alat-alat Kebesaran Diraja Brunei



MASJID SULTAN OMAR ALI SAIFFUDDIN 





HOTEL EMPIRE AND COUNTRY CLUB




MASJID JAMIE ASR 



KAMPONG AYER (sebelum 1950-an )



MUZIUM BRUNEI Jalan Kota Batu




MINYAK DAN GAS: BRUNEI INDUSTRY

OIL AND GAS DISCOVERY CENTRE DI SERIA, BELAIT









KAMPONG AYER ( sekarang )




Thursday 26 May 2011

ENTAH BETUL ENTAH TIDAK

"KEBANYAKAN ORANG SELALU MEMIKIRKAN MACAM MANA HENDAK MENDAPATKAN WANG ATAUPUN SUMBER REZEKI".....maksudnya secara halal mahupun yang haram..Di sini adalah diantara 2 faktur mengapa terjadinya perkara-perkara macam ini..:-

PENDAPATAN SECARA HALAL



  • Berusaha dengan bersungguh-sungguh agar mencapai keinginan yang hendak di hajatinya contohnya seperti ( B.M.W , FERRARI, RUMAH BESAR, SEGALA-GALANYA BESAR DAN MAHAL..HA.HA.HA.) ..dll.
  • Bertekad macammana sekalipun yang pastinya pencarian rezeki itu hendaklah daripada sumber yang halal.
  • Banyak-banyak bersabar.
Banyak-banyak berdoa agar pekerjaan ini akan mendapat rahmat daripada Allah subbhannahuwatalla....


Ini adalah diantara cara-cara kebiasaan orang-orang yang ada di dunia mencari mata pencarian masing-masing (ENTAH BETUL ENTAH TIDAK). 

Manakala seterusnya adalah diantara cara-cara bagi mereka yang terdesak hendak sumbar pencaruan mahupun pendapatan..

PENDAPATAN SECARA HARAM




contoh :- (MEMERAS UGUT )



contoh :- ( MEMBUNUH )
  • Mencuri ( BANK )
  • Memeras ugut
  • Membunuh
  • Dll
Ini adalah diantara cara-cara kebiasaan orang-orang yang ada di dunia mencari mata pencarian masing-masing (ENTAH BETUL ENTAH TIDAK). 

Allah Taala pernah mengatakan bahawa sumber rezeki yang kamu hendak cari pastinya sumber rezeki yang halal...bukannya yang haram.

Pintu syurga disediakan bagi mereka yang sentiasa mencari sumber rezeki yang halal

pintu neraka disediakan bagi mereka yang sentiasa mencari sumber rezeki yang haram

Sekarang cuba kita sama-sama memikirkan walaupun cerita ini agak pendek tetapi sekurang-kurangnya kita dapat memilih jalan mana yang kita mahu lakukan...jika secara halal yang kita lakukan ..maka mata pencarian kita ini akan mendapat rahmat daripada Allah..

Tetapi jika kita memilih jalan sebaliknya kita akan menjadi orang yang tidak diingini oleh masyarakat..apatah lagi Allah taala yang menciptakan kita....Fikirkanlah...!!!!!dan renung-renung kanlah.!!!!!...

AKHIRNYA KATA-KATA DARIPADA SAYA ENTAH BETUL ENTAH TIDAK CUBA FIKIRKAN.....HMMMMMM...






Bersiar-siar


 "Who's the muffin man"...Kebiasaan percakapan yang akan disebut apabila terlihat patung yang berada di belakang tu.....!!!betul tak..?...
Anakku yang lelaki tu..baru saja bangun dari tidur dan kelihatan tidak ada mood..











Thursday 19 May 2011

Aktiviti anak ku


" siuknya dia sedang bermain bola itu sehingga tidak sedarkan yang pada masa itu dia seorang sahaja yang sedang bermain"...















Wednesday 18 May 2011

PENGALAMAN NGERI SEORANG PENGGALI KUBUR 

"Saya pegang nisan dikubur arwah abang Hamid yang baru saja kami kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat. "Aii.. menung nampak? Kenapa?" tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi penggali kubur di Bakri, Muar, Johor.

"Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah," saya berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke kepala.

Mari pergi kat pondok... mandur nak jumpa. Dia nak cakap fasal kerja, gaji,overtime. Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah," tambah Bakar sambil memikul cangkul dan botol airnya.

"Pergilah dulu, nanti aku datang," balas saya lantas duduk termenung.

Sepeninggalan Bakar, saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya termenung. Ada satu perkara yang sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya. Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di benak tapi sekarang ini makin mendesak.

Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah menyoal Abang Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal simati. Kalau bagus amalannya semasa hidup, berbahagialah. Tapi kalau bergelumang dengan kemungkaran, bersiap sedialah...

Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap telinga ke kubur dan dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam. Konon cerita, lepas itu terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit.

Eee.... seramnya. Macam mana agak-nya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah badannya, garangkah rupanya atau berjubah dan maniskah wajahnya? Kalau dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak terperi. Kalau lipan, jengking datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh, nak mengadu tak boleh, kita seoranglah menanggung sakit pedih. Astaghfirullahal azim...

Saya masih lagi duduk melangu di pinggir kubur Abang Hamid. Jiwa muda saya makin menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas dan mengacau fikiran.

Pergi... pergi sekarang ! Johar, masa inilah kalau nak cuba . Kawan- kawan dah tak ada, cepat, ia berbisik di telinga saya.

Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula menggeletar manakala kepala rasa berpusing. Saya beristighfar beberapa kali mententeramkan jiwa yang bergelora, namun bisikan itu makin kuat berkumandang di telinga.

Cepat, cepat, cepat ! Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi ? ' Kan engkau nak tau sangat, jangan tercegat lagi. Kau takut ? Allah, bukannya kena tangkap, bukannya boleh mati ...

Jadi bisu ? Sakit, lepas tu mereng sampai mati Jangan pedulilah, tu cerita orang saja. Entah ya entah tidak. Engkau orang muda, kuat semangat, apa nak takut. Cepat Johar, cepat, cepaaaaat!

Dimulai lafaz bismillah dan selawat kepada Nabi, saya terus bangun dan terjun ke dalam kubur di sebelah pusara Abang Hamid. Ia baru saja digali sebab di sini, kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai persediaan. Maklumlah, Bakri ni kawasan besar, kalau ada banyak kematian sekali gus, taklah timbul masalah.

Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah, lailahaillallah, lailahaillallah...

Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau tanah dan sempitnya ruang di dalam lahad itu menyebabkan saya betul-betul gemuruh.

Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan segala seksaan yang pernah didengar daripada guru-guru agama terbayang di depan mata.

Saya juga teringat pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran dari salah sebuah kubur di sini yang saya dengar beberapa bulan lalu. Jeritan, tangisan dan raungan dari kubur-kubur lain yang didengar pada malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu fikiran.

Suara-suara aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa saya untuk menyaksikan sendiri keadaan di alam barzakh. Bunyinya memang gila, mana boleh manusia hidup menycberangi ke alam barzakh, tapi saya ingin juga merasainya.

Lailahaillallah

Lailahaillallah

Lailahaillallah

Saya terus meratib dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam dan sedetik kemudian bergema satu bunyi yang amat menakutkan.

GGRUUMMM... PPPRRAAAPPP!!

Tanah di kubur Abang Hamid tiba-tiba bergerak. Setelah itu satu lagi sisi tanah kuburnya berganjak diiringi bunyi yang amat menggerunkan.

"Ya Allaaaaahhh... apa yang berlaku ini ? " saya menggeletar kerana bunyi itu datang dari dua arah dan saling rapat merapati. Air mata seperti hendak mengalir.

GGGRRRRUUUMMM...

Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit menghimpit. Saya menggigil mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat daripada tanah runtuh. Saya cuba menekup telinga kerana tidak tertahan dengan bunyi yang bingit itu, tapi tangan saya tiba-tiba kaku..

Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki bagai dipaku ke tanah, tak dapat bergerak akibat terlalu terkejut.

ARGGHKKK... ERRRKKKKKKK

Terdengar pula suara seorang lelaki mengerang. Suaranya laksana dia sedang menahan kesakitan yang amat sangat tapi seperti tersekat di kerongkong. Nafas saya sudah tidak tentu arah, takut yang amat sangat.

AARRKKK... UUURRRKKGGH!!!

Saya menggigil apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak dapat dibendung. Ingin rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada terus dihimpit, tapi di sebelah saya cuma lapisan tanah yang tidak mampu ditembusi.

Saya masih lagi terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba... PPPR-RRAAPPPPP!!!... bunyi papan patah berderai.

PRRAAKK... TTAAPP... PRRAAPP!

Kepingan demi kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai lalu disudahi dengan suara lelaki tersebut mengeruh. Serentak itu, kedengaran pula tulang-temulang patah !

Air mata saya meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah yang Nabi maksudkan bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit tubuh orang-orang yang mengkufuri Allah hingga berselisih tulang selangkanya. Aduh, tidak terbayang peri sakitnya lelaki yang sedang mengerang itu. Jantung saya bagai hendak tercabut dan darah terasa kering apabila mendengar dia mengerang-ngerang dan tulang-temulangnya patah berderap-derap.

Di saat saya terbungkam dengan apa yang berlaku, tiba-tiba satu deruan angin yang maha dahsyat datang menerpa. Desingannya menyakitkan telinga. Seiring dengan ribut taufan itu juga, hadir sesuatu berwarna hitam seperti asap, makin lama makin membesar lalu membentuk lembaga hitam yang teramat besar. Di tangannya tergenggam sebatang besi yang sedang membara, merah menyala.

Tiba-tiba lembaga itu menghayun besi tersebut. Pantas saya menepis, namun sebaik besi itu menyentuh lengan, saya menjerit kesakitan. Aduh, panasnya menyebabkan kulit tangan saya ini bagai tersiat dan dagingnya masak.

"ARGGGHHHH" Jangan pukul aku lagiiiii!!!" saya meraung apabila lembaga itu memukul kaki saya.

Saya cuba mengelak, tapi pukulan itu tetap singgah ke sasaran. Bagai hendak tercabut anak tekak saya menjerit kerana kehangatan besi itu membakar daging paha saya.

"Arrgghhh... sakit, sakiiittt!!" saya meraung-raung, tapi lembaga hitam besar hingga sayup mata memandang itu terus menghayunkan besi panasnya ke kepala, kaki, tangan, badan dan perut saya.

Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah terus-terusan bergerak himpit menghimpit. Bumi tempat saya berpijak bergegar hebat laksana dilanda gempa.

Suara lelaki mengerang dan tulang-temulangnya patah berderap bagai dahan sekah, tetap kedengaran. Dalam hati saya meraung, matilah aku kejap lagi, patahlah tulang aku, renyuklah badan aku dibelasah dengan besi panas.

Saya menjerit, menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu yang amat sejuk menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam hilang entah ke mana dan bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang lenyap serta-merta. Suasana terasa hening.

"Johar... Johar !! " sayup-sayup nama saya dipanggil.

Dengan susah payah, saya membuka mata. Tapi saya tidak larat, badan terlalu letih. Wajah seseorang berbalam-balam di mata.

"Johar... bangun, bangun!" nama saya dipanggil lagi, badan digoncang-goncang.

Saya buka mata sedikit. Ooo... rupa-rupanya Bakar. Bersama-sama Pak Dollah, mereka mengangkat saya keluar dari kubur.

Selepas diberi air, badan dikipas, barulah saya segar semula. Bakar beritahu, selepas menunggu lama di pondok, dia dan Pak Dollah serta mandur mencari saya untuk membayar wang kerja lebih masa. Lama mencari, akhirnya dia jumpa saya di dalam kubur sedang bersilat seorang diri.

"Engkau menepis sana , mengelak sini. Habis tanah kubur tu engkau tumbuk.. Aku ambil air. Aku simbahlah," kata Bakar sambil menunjukkan baldi yang digunakannya lalu disambut gelak tawa kawan-kawan.

Saya hanya tersenyum tawar. Tak terdaya saya hendak ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi, bimbang mereka tidak percaya.

Selepas kejadian itu saya terlantar selama beberapa bulan akibat badan penuh dengan lebam-lebam. Mungkin lebam akibat menumbuk dan menendang tanah, mungkin juga akibat pukulan besi panas itu. Saya juga dibawa berjumpa bomoh untuk memulihkan semangat.

Keluarga dan kawan-kawan menggeleng kepala dengar cerita saya. Mereka berebut-rebut menyuruh saya menceritakan pengalaman menakutkan itu. Ada yang insaf, ada juga yang mengatakan semua itu karut, mainan syaitan, mimpi dan igauan semata-mata.

Lantaklah apa kata mereka, tapi saya puas hati. Akhirnya saya telah saksikan sendiri seksaan di dalam kubur. Sama ada apa yang dilihat itu adalah keadaan yang sebenarnya berlaku di alam barzakh atau hanya mimpi semata-mata akibat terlelap semasa meratib, itu saya tidak kisah.

Yang penting keinginan untuk menjengah alam itu telah tertunai.

Peristiwa pada pertengahan 1970-an itu telah memberi keinsafan yang benar-benar mendalam di hati saya. Sesungguhnya janji ALLAH itu benar...MATI itu benar...SYURGA - NERAKA itu benar....dan...azab kubur ...itu juga benarrrr..... Semoga ALLAH terima segala amalan kita dan mengampubi dosa-dosa kita.... AMIN YA RABBAL A'LAMIN







Untuk balik ke Kedah2U Angker (klik sini) 

Tuesday 17 May 2011

Iktibar dan Ingatan


BERITA PENTING UNTUK UMMAT ISLAM DISELURUH DUNIA :
Surat Ini Datangnya Dari Syeckh Achmad Di Saudi Arabia.
" AKU BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH SWT DAN NABI MUHAMMAD SAW, WASIAT UNTUK SELURUH UMMAT ISLAM "
Dari Syeckh Achmad Seorang Penjaga Makam Rasulullah Di Madinah Yaitu Masjid Nabawi Saudi Arabia.

SYECKH ACHMAD :
"Pada malam tatkala hamba membaca Al Quran di makam Rasulullah, dan hamba sampai tertidur, lalu hamba bermimpi. Didalam mimpi hamba bertemu dengan Rasulullah SAW, dan beliau berkata, "didalam 60.000 orang yang meninggal dunia, diantara bilangan itu tidak ada seorangpun yang mati beriman, dikarenakan:
1. Seorang istri tidak lagi mendengar kata-kata suaminya.
2. Orang yang kaya yang mampu, tidak lagi melambangkan atau menimbangkan rasa belas kasih kepada orang-orang miskin.
3. Sudah banyak yang tidak berzakat, tidak berpuasa, tidak sholat dan tidak menunaikan ibadah haji, padahal mereka-mereka ini mampu melaksanakan.
Oleh sebab itu wahai Syechk Achmad engkau sabdakan kepada semua ummat manusia di dunia supaya berbuat kebajikan dan menyembah kepada Allah SWT."
Demikian pesan Rasulullah kepada hamba, Maka berdasarkan pesan Rasulullah tersebut dan oleh karenanya hamba berpesan kepada segenap ummat Islam di dunia :
> a. Ber Shalawatlah kepada Nabi Besar kita Muhammad SAW.
> b. Janganlah bermalas-malasan untuk mengerjakan sholat 5 (lima) waktu.
> c. Ber Shadaqoh dan berzakatlah dengan segera, santuni anak-anak yatim piatu.
> d. Berpuasalah di bulan ramadhan serta kalau mampu, tunaikan segera ibadah haji.
Perhatian: Bagi siapa saja yang membaca surat ini hendaklah menyalin/mengcopynya untuk disampaikan kepada orang-orang lain yang beriman kepada hari penghabisan/kiamat.
Hari kiamat akan segera tiba dan batu bintang akan terbit, Al'Quran akan hilang dan matahari akan dekat diatas kepala, saat itulah manusia akan panik. Itulah akibat dari kelakuan mereka yang selalu menuruti hawa nafsu dalam jiwa.

PENJAGA MAKAM RASULULLAH S.A.W. SYECKH ACHMAD DI MADINAH.

SEKIAN, assalamualaikum..

I Like My Work



Ha.ha.ha posing yang bagus dan angel yang cantik...nah hingga menjadi satu potret yang bagi saya yang cukup sesuai....Adakah betul apa yang ku cakap ni....Hmmmmm.Tapi inilah kehidupan ku ....suka-suka mengambil Foto....







Ahhhhh... ketika melihat lilin yang sedang menyala....pada ketika itu entah kenapa hati ini menjadi Tak tentu arah adakah disebabkan di ganggu oleh perasaan atu di ganggu oleh stress selepas bekerja...." Ahhhhh tak perlu di fikirkan semua itu ...banyak bersembahyang dan berdoa kepada agar perasaan dan gangguan ini tidak berlarutan...Amin.."

Saturday 14 May 2011

Majlis doa selamat pada 14/5/2011

















POTRAIT ANIMAL ( Macro)



Hmmm.......comelnya bila d lihat.... ... pandai juga kucing ini termenung yer.....apa yang sedang d fikirkannya...????? Hmmmmmmm......setelah gambar ini d edit ,kelihatan mcm suasana ( Seekor kucing d zaman 50 an ).....Comment yer.....!!!





Memang yang membaca sekarang ini ,mungkin tak percaya...!!!!!...Apa tu...????....sebenarnya yang mengambil gambar ini adalah anaku perempuan.....(Nazurah )...diambil semasa kucing ini hendak lari .ketika itu anakku sedang berjalan membawa DSLR ku....( Berjalan-jalan ) sekeliling rumah.....ternampak kucing ini sedang rehat....terkejut kucing ini ketika di gambar..akhirnya.....dapat di ambil gambar ini....cantik tak..????..





Bull Fighter



Thursday 12 May 2011

INFO SEJARAH BRUNEI....




Sultan-Sultan Brunei
  
BRUNEI DALAM SEJARAH (RUANGAN TETAP)
 
 
Monumen-Monumen dan Tempat-Tempat Bersejarah di Negara Brunei Darussalam
 
Jambatan Edinburgh
Jambatan Edinburgh adalah mengambil nama sempena lawatan pertama kali Yang Teramat Mulia Duke of Edinburgh ke Brunei dalam tahun 1959. Jambatan ini menyeberangi Sungai Kedayan yang menghubungkan dari Bandar Brunei ke Tutong dan Kuala Belait. Pembukaan rasminya telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Duke of Edinburgh selaku Tetamu Diraja itu sendiri pada 28 Februari 1959 jam 3.26 petang. Ia merupakan salah sebuah daripada empat buah jambatan yang dibina oleh Kerajaan yang menelan belanja sebanyak $2,219,000.00 di bawah peringkat pertama rancangan jalan dan jambatan yang menelan belanja kira-kira $70,000,000.00.
Ianya adalah antara usaha baginda Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien dalam membaiki dan mempertingkatkan lagi perkhidmatan sosial di Negeri Brunei pada tahun 1950-an.
Pintu Gerbang Sempena Peruspaan
Pintu Gerbang sempena Istiadat Perpuspaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-29 pada 1 Ogos 1968 telah disembahkan oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Di-Gadong Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusuf.
Pada asalnya Pintu Gerbang ini didirikan di kawasan Kampong Sultan Lama tapi telah dipindahkan ke sebelah dalam sedikit setelah Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dibina pada bulan Oktober 1993. 
Jam Peringatan
Jam Peringatan adalah merupakan sebuah tugu yang diperbuat daripada simen. Di bahagian keempat penjuru sebelah atasnya diletakkan sebuah jam Seiko. Ianya terletak di Simpang Jalan Sultan dengan Jalan Elizabeth Kedua iaitu di antara bangunan Setiausaha Kerajaan dengan Pejabat Pos Besar, Bandar Seri Begawan.
      Istiadat perletakkan batu asas bagi Jam Peringatan ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agong Malaysia yang pertama, Persekutuan Tanah Melayu, Tuanku Abdul Rahman pada 11 Julai 1959 bersempena dengan lawatan keberangkatan baginda ke Negeri Brunei bermula dari 6 hingga 12 Julai 1959. Dengan terbinanya Jam Peringatan ini ianya melambangkan keteguhan dan keeratan perhubungan antara Negeri Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu.
Bubungan Dua Belas
Bubungan Dua Belas merupakan antara bangunan dianggap bersejarah di negara ini. Bangunannya terletak di lereng Bukit Subok, Jalan Residency dan jaraknya dari pusat bandar ialah kurang lebih 1½ kilometer. Bangunan ini dinamakan Bubungan Dua Belas kerana ia mempunyai dua belas bumbung yang bertingkat-tingkat. Ia didirikan setelah bermulanya sistem pentadbiran Residen British di Brunei sejak tahun 1906. Pada mulanya bangunan ini merupakan tempat kediaman rasmi bagi Mr. MacArthur, Residen British yang pertama di Brunei. Di sekitar kawasan bangunan ini sebelumnya juga menempatkan antaranya Pusat Pentadbiran, Balai Polis, Head Quarters Kakitangan Kerajaan dan lain-lain lagi. Pembinaan bangunan ini mula dilaksanakan dalam bulan Julai 1907 dan kontraktornya pula telah didatangkan dari luar negeri. Manakala para pekerja buruh adalah terdiri daripada anak-anak tempatan. Peralatan bagi pembinaan bangunan didatangkan dari Sandakan, Sabah. Bangunan Bubungan Dua Belas ini masih kekal hingga kini dengan tidak banyak mengalami perubahan dan sekarang ianya di bawah Pemuliharaan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
MASJID OMAR 'ALI SAIFUDDIEN
Masjid Omar 'Ali Saifuddien telah mula dibina pada 4 Februari 1954 atas hasrat dan cita-cita Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien. Baginda telah mengangkat mertabat ugama Islam ke tempat yang tinggi dan menjadikan ugama Islam sebagai ugama rasmi Negeri Brunei Darussalam. Ianya dibina di atas sebidang tanah seluas lima ekar berdekatan dengan pinggir Sungai Brunei, Bandar Brunei (Bandar Seri Begawan) dan merupakan salah sebuah masjid terindah di Asia Tenggara. Bangunan masjid ini mempunyai bentuk senibina Islam klasik, dihias dengan mozek emas, marmar dan kaca berwarna-warni. Menaranya mempunyai lif dan kubahnya diperbuat daripada emas setiap satunya berukuran 53 dan 54 meter tinggi. Di kawasan lagun pula dibina sebuah kapal konkrit yang berbentuk Kenaikan Diraja kurun ke-16.
      Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Brunei ke-28 pada hari Jumaat, 26 September 1958. Masjid ini boleh menampung jemaah seramai 3,000 orang.
Lumut Lunting Dan Pulau Pilong-Pilongan
Lumut Lunting terletak di antara Pulau Sibungur dengan Pulau Berambang di kawasan Sungai Brunei. Lumut Lunting adalah merupakan legenda yang dikaitkan mengenai dengan kisah persabungan ayam di antara Brunei dengan Majapahit seperti yang terdapat dalam Syair Awang Semaun. Cerita persabungan ayam ini telah menjadi cerita lisan yang terkenal di kalangan masyarakat Brunei dan dipertuturkan daripada satu generasi ke satu generasi.
         Menurut Syair Awang Semaun, ketika Brunei diperintah oleh Awang Alak Betatar, Batara Majapahit yang bernama Raden Angsuka Dewa telah datang ke Brunei untuk mengadakan perlawanan bersabung ayam. Raden Angsuka Dewa mempunyai seekor ayam sabung yang perkasa diberi nama Asmara dan telah banyak mengalahkan ayam sabung dari negeri-negeri yang lain. Mamandangkan di Brunei juga terdapat ayam sabung yang perkasa, dipunyai oleh Awang Senuai iaitu anak saudara Awang Alak Betatar. Ayam tersebut diberi nama Mutiara, maka Ratu Majapahit telah menyatakan kepada Raja Brunei untuk mengadakan perlawanan bersabung ayam.
          Dalam perlawanan itu Betara Majapahit telah membuat pertaruhan iaitu jika ayamnya kalah, baginda akan menyerahkan 40 buah kapal serta isi harta di dalamnya kepada Raja Brunei dan sebaliknya jika ayam Raja Brunei kalah, Raja Brunei hendaklah menyerahkan sebahagian daripada wilayah kekuasaan baginda kepada Majapahit.
         Dalam persabungan itu ayam Ratu Majapahit telah kalah dan terbang melarikan diri, lalu jatuh ke laut berdekatan dengan Pantai Muara dan seterusnya menjadi batu, dikenali dengan nama Pilong-Pilongan. Kekalahan ini menyebabkan Ratu Majahapit merasa malu dan murka lalu menyumpah Mutiara menjadi batu. Akibat sumpahan itu, Mutiara yang sedang terbang telah jatuh ke Sungai Brunei dan menjadi batu yang seakan-akan menjadi sebuah pulau kecil dan dikenali dengan nama Lumut Lunting. Kedua-dua tempat ini, Pulau Pilong-Pilongan dan Lumut Lunting masih kekal dan dapat dilihat sehingga sekarang.
Menurut cerita orang tua-tua, Lumut Lunting ini dipercayai boleh menjadi satu tanda alamat kepada Negeri Brunei, iaitu sekiranya akan berlaku sesuatu peristiwa yang mendukacitakan menimpa Negeri Brunei, menurut kepercayaan, pulau ini tiba-tiba akan ghaib atau hilang. Menurut cerita lain pula jika Lumut Lunting dilanda banjir, adalah juga dipercayai sebagai petunjuk bahawa sesuatu peristiwa yang mendukacitakan akan berlaku ke atas Negeri Brunei.
Bagaimanapun itu adalah sebagai kepercayaan sahaja semata-mata. Sesungguhnya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.
Cendera Lambang Kenangan
Cendera Lambang Kenangan adalah sebuah gerbang yang dibina khas dengan ketinggian 10 meter, yang telah direka khas bagi Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Penukaran Bandar Brunei Menjadi Bandar Seri Begawan. Ianya terletak di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien. Pembinan Cendera Lambang Kenangan menelan belanja lebih $60,000.00 dan ianya telah disumbangkan oleh Syarikat Brunei Shell. Sementara itu rekabentuknya pula adalah ihsan daripada Arkitek Idris dan jurutera tempatan. Cendera Lambang Kenangan yang tersergam indah ini terukir dengan perkataan Bandar Seri Begawan 1970 - 1995. Pembinaannya dihasratkan untuk membangun dan mengindahkan serta mencantikkan lagi Bandar Seri Begawan. Struktur lambang ini memperkenalkan satu elemen struktur taman tiga demensi.
Istana Darusalam

Istana Darussalam yang terletak dengan megahnya di tepi tebing Sungai Kedayan merupakan contoh sebuah bentuk bangunan Melayu asli yang terbaik di zamannya. Ianya telah dibina daripada kayu dalam tahun 1947 dan kemudian beberapa bahagian seperti tiang dan pak-pak telah diganti dengan konkrit. Bangunan Istana Darussalam ini berwarna hijau dan coklat dengan bentuk sebuah rumah Melayu yang unik. Hingga ke hari ini bangunan istana tersebut dapat dilihat tersegam indah berbeza dengan kelompok rumah-rumah kampung yang terdapat di sekitarnya.
          Pelbagai upacara negara telah disempurnakan di istana ini, antaranya Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Begawan Sultan telah diarak menjadi Bendahara pada 15 Julai 1947 dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzddien Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah diputerakan pada 15 Julai 1946.
Istana Darussalam tidak lagi digunakan oleh keluarga Diraja pada ketika ini tetapi pada tiap-tiap hari Jumaat majlis tahlil diadakan di ruang utama oleh pegawai-pegawai dari Masjid Omar 'Ali Saifuddien.
            Dalam tahun 1951 keluarga Diraja telah berpindah dari Istana Darussalam ke Istana Darul Hana dan untuk seketika Istana Darussalam telah sempat digunakan untuk menempatkan tetamu-tetamu terdiri daripada rakan-rakan sedarjah Duli Yang Teramat Mulia Seri Begawan Sultan ketika menuntut di Malay College, Malaysia.
Taman Haji Sir Muda Omar' Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.
Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien terletak di pusat Bandar Seri Begawan ialah sebuah taman tempat berlangsungnya upacara-upacara negara seperti Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Hari Kebangsaan, Musbaqah Membaca Al-Quran, Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi wa Sallam dan sebagainya. Sesuai dengan kegunaannya bagi upacara-upacara yang besar, taman ini juga terdapat dua buah pentas yang dibuat daripada konkrit di samping taman bunga sebagai usaha untuk menyerikan dan mencantikan lagi kawasan berkenaan dan juga ibu negara.
Sebelumnya taman ini dikenali dengan nama Padang Besar, setelah ianya siap diubah suai dan diperindahkan dalam tahun 1983 maka ianya telah ditukar nama menjadi Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien sempena men0gambil nama AlMarhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Begawan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien. Taman ini juga merupakan tempat yang bersejarah kerana di sinilah juga berlangsungnya Pemasyhuran Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam pada 1 Januari 1984.
Universiti Brunei Darussalam
Usaha-usaha Kementerian Pendidikan dalam melaksanakan hasrat negara bagi mencapai taraf pendidikan tertinggi di negara ini terbukti dengan terbinanya kampus kekal, Universiti Brunei Darussalam, Kampong Tungku, Gadong yang mana pembukaan rasminya telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 15 September 1995.
Makam Sultan Sharif Ali
Makam Sultan Sharif Ali bertarikh TH 836 bersamaan TM 1432 terletak di Perkuburan Islam Kota Batu, Bandar Seri Begawan. Sultan Brunei ke-III memerintah dari TM 1425 - TM 1432.
Menurut Salasilah Raja-Raja Brunei,
Sultan Sharif Ali yang menjadi menantu kepada Sultan Ahmad dan termasyhur dengan nama Sultan Berkat adalah berasal dari Taif, keturunan daripada Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi wa Sallam menerusi Sayidina Hasan. Baginda datang ke Brunei sebagai mubaligh Islam yang bersungguh-sungguh menjalankan dakwah Islamiah. Perkahwinan baginda dengan puteri Sultan Ahmad, Puteri Ratna Kesuma adalah menjadi suatu ikatan yang mengukuhkan kedudukan baginda sebagai mubaligh Islam di Brunei.
Tatkala Sultan Ahmad (Sultan Brunei II) lindung, berkebetulan baginda tidak mempunyai putera, maka dengan permintaan orang Brunei baginda telah dijunjung untuk menjadi Sultan Brunei Ke-III yang memerintah dalam TM 1425 - TM 1432.
Makam Sultan Bolkiah
Makam Sultan Bolkiah terletak di Kota Batu, Bandar Seri Begawan. Dalam Salasilah Raja-Raja Brunei, Sultan Bolkiah adalah Sultan Brunei yang ke-V. Baginda mula memerintah dianggarkan dalam TM 1485 iaitu setelah ayahanda baginda, Sultan Sulaiman (lindung TM 1511) menurunkan diri dari Takhta Kerajaan.
Sultan Bolkiah adalah Sultan yang gah namanya, dihormati dan dikasihi oleh sekalian rakyat dan pembesar baginda. Baginda suka belayar ke luar negeri dan kemudian membawa oleh-oleh untuk dijadikan bahan kemajuan negara dan rakyat Brunei. Setiap kali apabila baginda berangkat, baginda gemar membawa nobat (gendang) kebesaran Diraja, kerana itu baginda terkenal dengan nama 'Anakkuda Ragam' atau 'Nakhoda Ragam'.
Dalam Brunei in the Boxer Codex, baginda disebut Sultan Salan iaitu sebutan bagi Sultan Abdul Salam Bolkiah, manakala dalam Hikayat Hang Tuah, baginda terkenal dengan gelaran Adipati Sulok.
          Dalam zaman pemerintahan baginda, kekuasaan Brunei bukan sahaja meliputi keseluruhan Pulau Borneo bahkan Pulau-Pulau Suluk, Palawan, Balayan, Mindoro, Bonbon hingga Saludang. Sultan Bolkiah yang banyak berjasa kepada negara dan rakyat Brunei lindung pada TM 1524 ketika dalam pelayaran membawa permaisuri baginda Puteri Laila Menchanai ke Brunei.
Makam Sultan Muhammad Kanzul Alam
Makam Sultan Muhammad Kanzul Alam terletak di atas sebuah bukit arah timur laut, kira-kira 200 meter dari letak kereta VIP Kubah Makam Diraja. Baginda yang terkenal dengan mana 'Pengiran Di-Gadong Ayah' merupakan Sultan Brunei ke-21 yang memerintah Brunei. Baginda dimasyhurkan menjadi Sultan dalam TM 1807 dan turun dari takhta dalam TM 1826 atas sebab kesihatan baginda yang tidak mengizinkan untuk terus memerintah Brunei dan digantikan oleh putera baginda Sultan Muhamad Alam.
 
 Itulah diantara info-info yang dapat di muatkan untuk waktu ini...
sabar2 yer....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...