Wednesday, 4 May 2011

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

AMARAN YANG PERLU DIFIKIRKAN....


(GENUIENE ARTICLE FROM http://apa-kenapa-bagaimana.blogspot.com/)

Dalam artikel lepas, ada satu perenggan yang menyatakan bahawa Dajjal akan muncul pada  tahun 2020. Perenggan tersebut berbunyi begini: "Dan lagi satu misi yang lebih penting kenapa mereka mahukan sangat Baitulmaqdis adalah untuk membina semula Solomon Temple yang runtuh semasa serangan oleh Rom dahulu agar dapat menjadi Kiblat penyembah syaitan dan juga sebagai istana kepada Raja yang akan ditabalkan oleh mereka menjelangtahun 2020." 

Tahun 2020 bukanlah dipilih secara semberono atau kerana ramalan masyarakat kuno seperti Aztec dan Maya yang terkenal dengan ramalan-ramalan dan kalender yang sangat persis dan tepat, tetapi berdasarkan hadis Rasulullah dan ulama seperti Syeikh Imran Hussein. "Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."Apakah yang dimaksudkan oleh Rasulullah dalam hadis ini.

Maksud di sebalik hadis ini telah didedahkan oleh seorang ulama terkenal iaitu Syeikh Imran Hussein. satu hari terasa bagaikan setahun Pada waktu ini, Dajjal memerintah dunia melalui Britain. Waktu itu, mata wang pound sterling merupakan mata wang dunia dan mata wang yang paling mahal. satu hari terasa bagaikan sebulan pada waktu ini pula, Dajjal memerintah dunia melalui Amerika Syarikat. waktu ini Amerika merupakan kuasa dan negara yang paling kuat. US Dollar menjadi mata wang dunia seperti apa yang berlaku ketika ini. satu hari terasa bagaikan seminggu Waktu ini, Dajjal akn memerintah dunia melaui Holy Land, Jerusalem (Israel). Dan bila Dajal perintah dunia melalui Israel, Israel akan jadi kuasa utama dunia dan invisible money akan menjadi matawang utama dunia. Sepertimana yang terjadi sekarang Israel seakan-akan kebal dari undang-undang dunia. Dollar amerika akan jatuh dan semua matawang di dunia ni akan turut jatuh Sekarang ini kita dah nampak tanda-tanda tu. Hanya emas yang akan kekal nilainya (jadi simpanlah emas banyak-banyak). Pasti ada yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan setahun, sebulan dan sehari seperti yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah. Sekarang kita akan mula mengira. Menurut Islam, satu tahun syurga bersamaan 1000 tahun manusia. Berdasarkan hadis di atas Dajjal memerintah melalui Britain selama setahun, membawa maksud Dajjal memerintah melalui Britain selama 1000 tahun. Mengikut sejarah, Kerajaan beraja Britain bermula pada thun 900 M. Jadi, 1000+900=1900. Maka berakhirlah pemerintah di Britain dan beralih pula kepada Amerika selama sebulan.
 Pada 1917, Amerika Syarikat telah melibatkan diri ke dalam perang dunia (boleh tengok wiki) dan ini adalah langkah untuk menjadikan amerika sebagai kuasa dunia baru. Dajal memerintah dari sana seperti satu hari seperti sebulan. Jadi jika setahun bersamaan 1000 tahun, satu bulan bersamaan 1000/12=83 tahun... 1917+83=2000. Maka tamatlah pemerintahan Dajjal melalui Amerika. Cuba kita lihat apa yang berlaku pada tahun 2000, George W.Bush menjadi Presiden Amerika Syarikat. Selepas itu Dajal memerintah dunia melalui Israel pada 2000 dan menjadikan kita berada di satu hari yang terasa satu minggu an berlakulah pelbagai kekejaman ke atas umat islam yang didalangi Israel. 2001=World Trade Center (9/11)- Ini adalah konspirasi pihak Freemason sendiri untuk dijadikan modal menyerang umat Islam. Osama Laden adalah 'spacegoat' mereka.2002=Afghanistan diserang dan ditawan. 2003=Irag pula menjadi mangsa.2006=Lubnan pula diserang. 2009=Serangan ke atas Gaza.
 Semakin lama semakin cepat masa berlalu, peperangan berlaku dalam mase yang singkat. Selepas 9/11 Amerika Syarikat menubuhkan pangkalan tentera di 10 buah negara sepanjang Asia Barat. Ini untuk memastikan keselamatan Israel. As a Final Capital of New World Order!Setiap tindakan dan perang yang akan datang adalah untuk perlindungan dan keselamatan Israel. Untuk mempertahankan Israel sebagai kuasa utama dunia dan selepas itu bermula dari itu bermulalah fasa terakhir, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa. Seperti yang disabdakan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.
 Tentang 2012 pula ada pendapat mengatakan pada 2012 Planet Nibiru (boleh tengok kat youtube) akan menghentam bumi (ramalan masyarakat Maya mengatakan akan berlaku malapetaka besar pada 2012). Di sini saya jelaskan tanda2 kelahiran Imam Mahdi telah lama muncul, iaitu Pertumpahan darah di Mekah pada 1979 (rujuk internet untuk maklumat lanjut), 2 gerhana dalam satu ramadhan (1981 dan 1982). Tanda-tanda ini telah lama terjadi. Dan mengikut hadis rasullulah Imam Mahdi tidak akan muncul sebelum Planet Berekor Nibiru (komet=berekor???) menghentam bumi.Di sini kita boleh kaitkan kronologi.
 Ok, jika betul Nibiru akan menghentam bumi pada 2012, bermakna pada 2013 Imam Mahadi akan dilantik di Mekah juga dikenali sebagai Haji Akbar. 2013-2020 (7 tahun). Imam Mahdi akan memerintah 7-9 tahun sebelum keluarnya Dajal al-masih. 2013-2020 (7 tahun). Anda sudah nampak kronologinya di sini? Ini bukan ramalan atau apa-apa. Ini hanyalah teori ulama (Imran N. Hosein). Segalanya adalah atas kekuasaan Allah s.w.t.. Jangan dijadikan pegangan, jadikanlah sebagai pengetahuan dan peringatan. Wallahualam.

1 comment:

  1. OWHH.... YEKE?? HUHU....
    SKANG DUNIA DAH AKHIR ZAMAN.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...