Apa agaknya tips untuk bakal pengantin memilih fotografer yang tepat bagi majlis bersejarah mereka? Berikut disenaraikan beberapa tips yang berguna untuk anda.
- Sila cari beberapa fotografer untuk dilakukan perbandingan, mana yang terbaik.
- Client perlu mengetahui citarasa gaya fotografi mereka sendiri, dan sila pilih fotografer yang menepati citarasa anda.
- Pastikan anda mendapat fotografer yang anda kehendaki, bukannya dihantar fotografer lain ke majlis anda. Mana mungkin hasil kerja tangan setiap orang sama. Elakkan menyesal kemudian hari apabila hasil gambar tidak menepati seperti mana anda lihat di website fotografer.
- Client boleh bersikap cerewet dalam mencari fotografer yang sesuai dengan citarasa, TETAPI elakkan cerewet semasa deal dengan fotografer yang sudah dipilih. Kebebasan berkarya perlu diberikan kerana anda sudah memilih mereka.
- Pastikan anda memilih photographer yang mempunyai passion dalam kerja mereka, terutama fotografer FULLTIME.
- Client sila minta galeri gambar yang banyak daripada fotografer. Ini kerana lumrah untuk fotografer hanya meletakkan 5-6 keping sahaja gambar terbaik mereka. Jikalau boleh, sila dapatkan galeri lebih 50 keping gambar untuk contoh 1 pasangan pengantin. (seperti yang dipraktikkan FAZRIEN di galeri flickr http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets)
- Sila berusaha untuk melihat album sample untuk elakkan menerima album yang murah dan rendah kualiti, dengan alasan untuk menjimatkan kos. Berlainan di FAZRIEN Photography, kami hanya menawarkan album antara paling tinggi kualiti di pasaran negara. Kami sanggup menyerap kos pengeluaran yang tinggi semata-mata untuk memberikan album yang bermutu tinggi sahaja kepada pelanggan kami.
- Pilihlah fotografer yang sesuai, yang serasi dengan anda. Juga adalah penting untuk TIDAK terpengaruh dengan mana-mana fotografer yang suka memburukkan fotografer-fotografer lain. Sebelum termakan hasutan, adalah tidak rugi untuk anda cuba deal dan dengar consultation daripada pelbagai fotografer. Sebab itu, adalah tidak menjadi masalah untuk FAZRIEN Photography berunding secara bersemuka dengan client dan menunjukkan sendiri kualiti hasil kerja dan album kami.
- Pilihlah fotografer yang friendly dan boleh berkomunikasi serta bergaul dengan family anda, terutama untuk majlis-majlis besar dan meriah.
- Call me and book me… hehe
SUMBAR DARI FAZRIEN.BLOGSPOT.COM
No comments:
Post a Comment