Friday, 29 July 2011

LAWAK BRUNEI







Title: hampa si suami    Date: 2010-03-02      Laugh Meter: [3.67] 

Akob asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba bini nya tarus masuk, "Bang, lampu di halaman depan umah ah terbakar tu tolongku gantikan yang baru eh".
"Pasang lampu?!!, ko ingat aku nie TNB kah?" jawab Akob.
"Kalau abang nda mau tukar lampu, abang tolong usai kan paip air sebab airnya nda boleh keluar", minta isteri Akob lagi.
"usai paip?, ko ingat aku nie JKR kah?", jawab Akob mengelak.






"Kalau semuanya abang nda mau buat nda apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa belikan aku gas memasak sebab rumah kitani kehabisan gas ni", kata isteri Akob.

"Mintak maap bebanyak eh aku bukan kja pat kadai jual gas kadai kaling ni", jawab Akob dengan sinis.

Kerana merasa terganggu Akob tarus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi hairan seklinya meliat lampu di halaman terang benderang, Akob try ke bilik air,terkejut apabila mendapati paip air nda lagi ada masalah. try dapur Akob mendapati tong gas sudah bebali.

Pada keesokan paginya Akob nda tahan menanya bininya "rh siapa ko minta tolong...?".( kalau bini buat smua tu kira handal dah tu )

"cemani citanya bang, lapas abang keluar dari rumah semalam, menangis ku didapan rumah. tau2 ada tia seorang lelaki melintas di depan rumah ani,hensem lagi tu,betanya ia kn kediaku kenapa ku menangis.aku ceritakn la semua pasal abang semalam atu.( suami mula rasa jeles),sekalinya rela hati ia mau menolong aku ,hensem lagi tu,nda ku menolak".

suami :"eh melampau dah ni,apa katanya?", tanya Akob sambil menyiruk ingus sedihnya.

isteri : "Syaratnya aku mesti pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur
dengan ia".

suami :" ruti apa tah kao buat untuk ia?", tanya Akob dengan frust.

isteri :"Buat roti...?!!!ada plng offer ku kan menyuruh ia tido, abg pikir aku nie Kedai Roti kali...kan buat ruti utk kedia?!!!"bilik jua nganya ada dirumah kitani ani.

suami: erk!!!? kana ku sebiji eh 

BERINGAT-INGATLAH KAMU....



Oleh Masmawi Abdullah
MANUSIA di dunia ini ibarat musafir yang sedang dalam perjalanan lalu berehat di bawah sepohon pokok untuk melepaskan lelah dan berehat seketika sebelum meneruskan ke destinasi yang hendak dituju.
Perjalanan itu pula masih jauh dan terpaksa melalui pelbagai liku serta cabaran. Inilah gambaran matlamat sebenar hidup insan yang hendak dicapai. Pentas dunia hanya tempat untuk bercucuk tanam dengan amalan salih sebagai bekalan di akhirat nanti.
Sebelum manusia berpindah ke alam akhirat mereka akan menempuh satu alam dinamakan alam barzakh dan di sana mereka akan menjawab soalan ditujukan malaikat kepada mereka. Di sinilah penentu kejayaan di alam akhirat nanti sama ada manusia itu akan masuk ke syurga atau neraka.
Persoalan kubur termasuk dalam pokok keimanan terhadap alam ghaib seperti mana kita wajib percaya akan adanya syurga, neraka, malaikat dan hari kiamat. Dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang sahih banyak diterangkan perkara di atas yang menuntut setiap orang meyakini adanya alam selepas kehidupan duniawi.
Ia dikenali dengan perkara ‘sam’iyat’ iaitu perkara yang hanya diketahui melalui perkhabaran, tidak dapat dilihat oleh mata dan tidak terfikir akal. Beriman kepada alam ghaib adalah ciri orang beriman.
Allah berfirman yang bermaksud: “Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (mengenai datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang beriman kepada perkara ghaib dan mendirikan solat serta membelanjakan sebahagian daripada rezeki yang kami berikan kepada mereka.”
Walaupun ada sesetengah agama mempercayai adanya kebangkitan selepas kematian di alam roh tetapi mereka menyeleweng daripada konsep dipegang Islam. Sebahagian lagi terus kufur dan menolak kerana mereka berdasarkan logik serta akal fikiran semata-mata, menganggap bahawa hidup hanya di atas dunia ini saja.
Golongan itu dijelaskan Allah dalam firman yang bermaksud:
“Dan tidakkah manusia fikirkan bahawa Kami jadikan dia dari setitik mani, tetapi tiba-tiba ia (jadi) pembantah yang nyata.” – (Surah Yasin, ayat 77)
Kesimpulan yang boleh dibuat manusia di dunia ini diklasifikasikan dalam tiga golongan iaitu mereka yang beriman dengan adanya alam ghaib melalui as-samiyat, percaya ada alam ghaib berdasarkan kepercayaan dan kufur dengan alam ghaib.
Kubur adalah perhentian pertama setelah seorang hamba itu meninggal dunia dan kemudian tempatkan di alam arwah sehingga hari kiamat. Di sinilah penentuan kebahagiaan kecelakaan yang abadi.
Hadis Abi Said mengatakan, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Kubur itu adalah salah satu lubang neraka, atau salah satu taman syurga.”
Adapun arwah orang yang beriman akan sentiasa dalam rahmat dan peliharaan Allah tidak kira di mana mereka berada. Bagaimanakah seseorang itu akan menghadapi persoalan kubur?
Adapun roh orang yang beriman dijelaskan Allah dalam firman yang bermaksud:
“Setelah menerangkan akibat orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang beriman dan beramal salih akan disambut dengan kata-kata: Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah dalam kumpulan hamba-Ku yang berbahagia, dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” – (Surah al-Fajar, ayat 27-30)
Kemudian apabila seseorang hamba Allah meninggal dunia, selepas dikebumikan dan ditinggalkan kuburnya lalu datanglah dua malaikat iaitu Mungkar dan Nakir yang ditugaskan untuk menyoalnya.
Jika ia beriman dan beramal salih, maka diberikan taufik oleh Allah menjawab persoalan dengan mudah. Kemudian dibuka baginya pintu syurga dan diperlihatkan syurga ke atasnya dan berbahagialah dia sehingga hari kiamat.
Namun jika orang itu kafir atau munafik, mereka akan menjawab tidak tahu. Lalu akan menerima seksaan kubur yang dahsyat. Suara teriak mereka dapat didengar oleh makhluk lain kecuali manusia dan jin.
Menurut Syeikh Abdullah Al-Fattani dalam bukunya Kasful Qhummah, roh Nabi, syuhada, muttaqin, salihin akan diangkat oleh malaikat ke langit selepas selesai tanya jawab dengan malaikat Mungkar dan Nakir.
Kemudian di angkat ke langit kedua, ketiga, keempat dan seterusnya ketujuh hingga ke Sidratul Muntaha dan di bawa ke Arasy Tuhan. Di sinilah mereka akan ditempatkan dan hidup dengan senang serta bahagia sehingga tiba hari kiamat.
Persoalan kubur tidak terkecuali bagi setiap orang yang meninggal dunia sama ada mereka mati di bumi, laut atau angkasa. Mengenai gambaran azab dan seksa kubur itu dalam pelbagai cara seperti dijelaskan ulama.
Bagaimanapun kita tidak banyak mengetahui rahsia alam roh melainkan apa yang diceritakan al-Quran dan hadis kerana ia adalah urusan Allah. Apabila seseorang berpindah ke alam baqa, bermakna terputuslah segala hubungan dan amalannya di dunia ini melainkan sedekah jariah, ilmu bermanfaat, anak soleh dan juga doa daripada kaum kerabatnya di dunia ini.
Riwayat daripada Ad-Dailami ada menyebut yang bermaksud: “Orang yang mati dalam kuburnya adalah seperti orang sedang tenggelam yang meminta pertolongan. Ia menunggu sampai kepadanya (rahmat) sesuatu doa daripada anaknya, atau saudaranya ataupun sahabat handainya. Apabila (rahmat) doa itu sampai kepadanya, maka tidaklah terkira sukacitanya dan dirasainya ‘rahmat doa itu’ lebih berharga daripada dunia dan segala isinya. Sebenarnya hadiah orang yang hidup kepada orang mati ialah doa dan istighfar.”
Alam sesudah mati ini memberi peringatan bahawa tidak selamanya kita akan kekal di muka bumi ini. Lambat laun kita juga mengikut jejak langkah mereka yang dulu menempuh alam barzakh. Semoga ia memberi keinsafan kepada kita untuk menyediakan bekalan terbaik untuk bekalan akhirat.

Monday, 25 July 2011

ANAKKU DAN AKU




























TAKLIMAT KESELAMATAN



















Thursday, 21 July 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA YANG KE 65 TAHUN




DAULAT KEBAWAH DULI TUAN PATIK

































Sunday, 17 July 2011

22 SIFAT BURUK BANGSA YAHUDI SEPERTI YANG TERSEBUT DIDALAM AL-QURAN


Al-Quran banyak menceritakan kedegilan bangsa Yahudi seperti bagaimana orang Yahudi mengingkari perintah Tuhan walaupun sebahagian besar Rasul dan Nabi adalah dari kalangan kaum itu.Allah SWT melalui wahyunya dalam Al-Quran telah menggambarkan sifat buruk orang Yahudi yang zalim, membuat kerosakan di muka bumi, dan memusuhi bangsa lain, terutama sekali kaum Muslimin.

Berikut merupakan 22 sifat buruk bangsa Yahudi seperti yang disebut di dalam Al-Quran:


Keras hati dan zalim (Al-Baqarah:75,91,93,120,145,170; An-Nisa:160; Al-Maidah:41)

Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah SWT (Ali Imran:110; An-Nisa:55)

Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah:82)

Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri 



(Al-An’am:20)

Mengubah dan memutarbelitkan kebenaran (Al-Baqarah:75,91,101,140,145,211; Ali Imran:71,78; 


An-Nisa:46; Al-Maidah:41)

Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah:76,101,120,146; Ali Imran:71)

Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah:87,101,120,146; Al-Maidah:41)

Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran Al-Quran (Al-Baqarah:91,99; Ali Imran:70)

Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, 



membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran 


(Al-Baqarah:171)

Mencampur adukkan yang benar dan yang salah, yang hak dan yang batil (Ali Imran:71)

Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada di belakang orang-orang Islam, mereka mengutuk 



dengan sekeras-kerasnya (Al-Baqarah:76; Ali Imran:72,119)

Hati mereka sudah tertutup akan Islam kerana dilaknat oleh Allah SWT yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (Al-Baqarah:88,120,145,146)

Kuat berpegang pada semangat kebangsaan mereka dan mengatakan bahawa mereka adalah bangsa yang 



istimewa yang dipilih oleh Tuhan dan meyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (Al-


Baqarah:94,111,113,120,135,145; Al-Maidah:18)

Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (An-Nisa:53)

Tidak suka, dengki, iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:90,105,109,120)

Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan 



mengejar kesenangan serta takut akan kematian (Al-Baqarah:90,95,96,212)

Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah:100,246,249 Ali Imran:183,184; An-Nisa:46)

Berlindung di sebalik mulut yang manis dan perkataan yang baik (Al-Baqarah:204,246; Ali Imran:72; An-



Nisa:46)

Mengada adakan perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (Ali Imran:24,94,183,184; 



Al-Maidah:41)

Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:206,212,247)

Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali Imran:75,76; At-Taubah:34)

Selalu melakukan kerosakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran:64)



    Read more: http://foren-6.blogspot.com/2011/07/22-sifat-buruk-bangsa-yahudi-seperti.html#ixzz1SNOz9jij

    Seronok Punya!: Facebook lancar panggilan video

    Seronok Punya!: Facebook lancar panggilan video: "MARK ZUCKERBERG (kiri) melihat perbualan video Facebook di ibu pejabat parti itu di Palo Alto, California kelmarin. NEW YORK Amerika Sya..."
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...