Rasulullah s.a.w telah menjenguk kepada kami semasa kami sedang ingat meningati satu sama lain, lalu Baginda s.a.w bertanya: "Apa yang kamu ingat mengingatkan itu?" Kami menjawab:"Kami mengingati perihal hari kiamat dan saat berlakunya"; Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya saat kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelumnya sepuluh alamat." Lalu Baginda s.a.w menyebut alamat atau tanda-tanda itu iaitu: Asap, Dajal (orang yang menyembunyi dan mengubah keadaan perkara-perkara yang benar dengan perkataan dustanya atau perbuatan sihirnya) Dabbatul-Ardh, terbit matahari dari pihak masuknya (dari pihak barat), turunnya Nabi Isa anak Mariam, dan Ya'juj wa Ma'juj…"
Huzaifah bin Asid al-Ghifari r.a
Huraian
Rasulullah s.a.w telah menjenguk kepada kami semasa kami sedang ingat meningati satu sama lain, lalu Baginda s.a.w bertanya: "Apa yang kamu ingat mengingatkan itu?" Kami menjawab:"Kami mengingati perihal hari kiamat dan saat berlakunya"; Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya saat kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelumnya sepuluh alamat." Lalu Baginda s.a.w menyebut alamat atau tanda-tanda itu iaitu: Asap, Dajal (orang yang menyembunyi dan mengubah keadaan perkara-perkara yang benar dengan perkataan dustanya atau perbuatan sihirnya) Dabbatul-Ardh, terbit matahari dari pihak masuknya (dari pihak barat), turunnya Nabi Isa anak Mariam, dan Ya'juj wa Ma'juj…"
Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Roh Harum Dan Ruh Busuk
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit.” Kata Hammad :”Kerana baunya harum seperti kasturi.” Kata penduduk langit “ Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu ‘alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam.” Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla. Kemudian Allah berfirman:”Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana hingga hari kiamat.” Kata Abu Hurairah selanjutnya:” Apabila roh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya – kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian-, maka berkata penduduk langit,”Roh jahat datang dari bumi.” Lalu diperintahkan, bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat.”
(Muslim)
Huraian
Kematian sesungguhnya amat menyiksakan. Kematian orang-orang yang tidak beriman mempunyai banyak perbezaan dengan kematian orang-orang yang beriman. Tanda-tandanya bukan sahaja dapat dilihat oleh orang yang hidup bahkan ini diperakukan sendiri di dalam al-Quran melalui firman Allah S.W.T yang maksudnya:"Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata, "Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar." (niscaya kamu akan merasa sangat ngeri) (al-Anfal :50). Rasulullah s.a.w sekalipun dianggap sebagai kekasih Allah turut merasakan kesakitan sakratulmaut. Itupun baginda diperlakukan secara lembut oleh malaikat. Maka bayangkanlah bagaimana kesakitannya jika kita selaku insan biasa dapat berhadapan dengan situasi ini. Oleh itu seharusnya kita sentiasa berwaspada agar tidak tergolong di kalangan orang-orang yang tidak beriman, lalai dan lupa kepada Allah kerana sudah pasti roh kita nanti bakal ditempatkan di dalam penjara sehingga hari kiamat.
Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Kelebihan Mukmin Dan Kekurangan Kafir
Hadith :
Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya apabila orang-orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia dia diberi upah dengan amalnya itu berupa rezeki di dunia. Sedangkan orang-orang mukmin, pahala kebajikannya disimpan Allah Taala untuknya di akhirat kelak serta diberinya rezeki di dunia berhubung dengan taatnya.”
(Muslim)
Huraian
Usaha merupakan asas kepada pembentukan dan kemajuan hidup manusia walau apa pun agama dan bangsa yang dianuti. Dalam kehidupan di dunia ini manusia dikehendaki berusaha untuk mendapatkan sesuatu hajat termasuklah mendapatkan rezeki. Oleh itu di atas nama keadilan, Allah S.W.T Yang Maha Adil akan mengganjari sesiapa sahaja yang berusaha bersungguh-sungguh tidak kira sama ada dia seorang mukmin atau kafir. Ini merupakan suatu bentuk motivasi agar manusia itu tidak merasa kecewa dalam meneruskan kehidupan mereka. Namun begitu, di samping memberikan balasan di dunia, orang-orang mukmin juga diberikan pahala yang akan menolongnya di akhirat kelak iaitu sebagai balasan kebaikan yang telah dilakukannya ketika di dunia.
(GENUIENE ARTICLE FROM http://apa-kenapa-bagaimana.blogspot.com/)
Dalam artikel lepas, ada satu perenggan yang menyatakan bahawa Dajjal akan muncul pada tahun 2020. Perenggan tersebut berbunyi begini:"Dan lagi satu misi yang lebih penting kenapa mereka mahukan sangat Baitulmaqdis adalah untuk membina semula Solomon Temple yang runtuh semasa serangan oleh Rom dahulu agar dapat menjadi Kiblat penyembah syaitan dan juga sebagai istana kepada Raja yang akan ditabalkan oleh mereka menjelangtahun 2020."
Tahun 2020 bukanlah dipilih secara semberono atau kerana ramalan masyarakat kuno seperti Aztec dan Maya yang terkenal dengan ramalan-ramalan dan kalender yang sangat persis dan tepat, tetapi berdasarkan hadis Rasulullah dan ulama seperti Syeikh Imran Hussein. "Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."Apakah yang dimaksudkan oleh Rasulullah dalam hadis ini.
Maksud di sebalik hadis ini telah didedahkan oleh seorang ulama terkenal iaitu Syeikh Imran Hussein. satu hari terasabagaikan setahun Pada waktu ini, Dajjal memerintah dunia melalui Britain. Waktu itu, mata wang pound sterling merupakan mata wang dunia dan mata wang yang paling mahal. satu hari terasa bagaikan sebulanpada waktu ini pula, Dajjal memerintah dunia melalui Amerika Syarikat. waktu ini Amerika merupakan kuasa dan negara yang paling kuat. US Dollar menjadi mata wang dunia seperti apa yang berlaku ketika ini. satu hari terasa bagaikan semingguWaktu ini, Dajjal akn memerintah dunia melaui Holy Land, Jerusalem (Israel). Dan bila Dajal perintah dunia melalui Israel, Israel akan jadi kuasa utama dunia dan invisible money akan menjadi matawang utama dunia. Sepertimana yang terjadi sekarang Israel seakan-akan kebal dari undang-undang dunia. Dollar amerika akan jatuh dan semua matawang di dunia ni akan turut jatuh Sekarang ini kita dah nampak tanda-tanda tu. Hanya emas yang akan kekal nilainya (jadi simpanlah emas banyak-banyak). Pasti ada yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan setahun, sebulan dan sehari seperti yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah. Sekarang kita akan mula mengira. Menurut Islam, satu tahun syurga bersamaan 1000 tahun manusia. Berdasarkan hadis di atas Dajjal memerintah melalui Britain selama setahun, membawa maksud Dajjal memerintah melalui Britain selama 1000 tahun.Mengikut sejarah, Kerajaan beraja Britain bermula pada thun 900 M. Jadi, 1000+900=1900. Maka berakhirlah pemerintah di Britain dan beralih pula kepada Amerika selama sebulan.
Pada 1917, Amerika Syarikat telah melibatkan diri ke dalam perang dunia (boleh tengok wiki) dan ini adalah langkah untuk menjadikan amerika sebagai kuasa dunia baru. Dajal memerintah dari sana seperti satu hari seperti sebulan. Jadi jika setahun bersamaan 1000 tahun, satu bulan bersamaan 1000/12=83 tahun... 1917+83=2000. Maka tamatlah pemerintahan Dajjal melalui Amerika. Cuba kita lihat apa yang berlaku pada tahun 2000, George W.Bush menjadi Presiden Amerika Syarikat. Selepas itu Dajal memerintah dunia melalui Israel pada 2000 dan menjadikan kita berada di satu hari yang terasa satu minggu an berlakulah pelbagai kekejaman ke atas umat islam yang didalangi Israel. 2001=World Trade Center (9/11)- Ini adalah konspirasi pihak Freemason sendiri untuk dijadikan modal menyerang umat Islam. Osama Laden adalah 'spacegoat' mereka.2002=Afghanistan diserang dan ditawan. 2003=Irag pula menjadi mangsa.2006=Lubnan pula diserang. 2009=Serangan ke atas Gaza.
Semakin lama semakin cepat masa berlalu, peperangan berlaku dalam mase yang singkat. Selepas 9/11 Amerika Syarikat menubuhkan pangkalan tentera di 10 buah negara sepanjang Asia Barat. Ini untuk memastikan keselamatan Israel. As a Final Capital of New World Order!Setiap tindakan dan perang yang akan datang adalah untuk perlindungan dan keselamatan Israel. Untuk mempertahankan Israel sebagai kuasa utama dunia dan selepas itu bermula dari itu bermulalah fasa terakhir, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa. Seperti yang disabdakan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.
Tentang 2012 pula ada pendapat mengatakan pada 2012 Planet Nibiru (boleh tengok kat youtube) akan menghentam bumi (ramalan masyarakat Maya mengatakan akan berlaku malapetaka besar pada 2012). Di sini saya jelaskan tanda2 kelahiran Imam Mahdi telah lama muncul, iaitu Pertumpahan darah di Mekah pada 1979 (rujuk internet untuk maklumat lanjut), 2 gerhana dalam satu ramadhan (1981 dan 1982). Tanda-tanda ini telah lama terjadi. Dan mengikut hadis rasullulah Imam Mahdi tidak akan muncul sebelum Planet Berekor Nibiru (komet=berekor???) menghentam bumi.Di sini kita boleh kaitkan kronologi.
Ok, jika betul Nibiru akan menghentam bumi pada 2012, bermakna pada 2013 Imam Mahadi akan dilantik di Mekah juga dikenali sebagai Haji Akbar. 2013-2020 (7 tahun). Imam Mahdi akan memerintah 7-9 tahun sebelum keluarnya Dajal al-masih. 2013-2020 (7 tahun).Anda sudah nampak kronologinya di sini? Ini bukan ramalan atau apa-apa. Ini hanyalah teori ulama (Imran N. Hosein). Segalanya adalah atas kekuasaan Allah s.w.t.. Jangan dijadikan pegangan, jadikanlah sebagai pengetahuan dan peringatan. Wallahualam.
Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Sedih juga melihat video clip....perjalanan seorang leleki dan perempuan yang berkawan dari sejak kecil.Berakhirnya dengan...?????....kalau mau jawapannya cuba lihat video clip ini..
hari ini saya hendak berkongsi satu cerita dengan anda. Pasti melihat tajuk nya pun, pasti anda 100% berminat mengenai cerita ini. setiap soalan mesti ada jawapanya..
*cerita ini saya ambil daripada facebook..
Mengapa sembah Kaabah? Persoalan itu selalu terngiang-ngiang dalam benak fikiran Jacky.
Lalu dia pergi bertanyakan kepada seorang sahabatnya Ahmad.
Jacky: "Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
Ahmad: "Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"
Jacky: "Baitullah tu apa?"
Ahmad: "Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"
Jacky: "Allah ada dalam tu?"
Ahmad: "Tak.."
Jacky: "Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
Ahmad: "Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."
Jacky: "Kamu sembah apa?"
Ahmad: "Saya sembah Allah swt"
Jacky: "Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
Ahmad: "Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."
Jacky: "Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."
Ahmad: "Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"
Jacky: "Pernah.. selalu.."
Ahmad: "Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"
Jacky: "Tengok perlawanan bola la.."
Ahmad: "Di mana?"
Jacky: "Dalam tv la.."
Ahmad: "Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."
Jacky: "Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."
Ahmad: "Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
Jacky: "So..?"
Ahmad: "Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"
Jacky: "Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."
Ahmad: "Peliknya.."
Jacky: "Sebab apa pulak pelik?"
Ahmad: "Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."
Jacky: "Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."
Ahmad: "Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"
Jacky: "Ya.. tak pelik.."
Ahmad: "Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."